Zeolite with the best price, quality relationship

Zeolite Dalam Baja Terbaru MPOB F4 – Berita Harian 25 Mac 09


KEADAAN bentuk muka bumi di Malaysia yang berbukit bukau di samping mempunyai pelbagai jenis tanah bermasalah dengan kadar hujan tidak menentu menjadikan hasil sawit yang ditanam di kawasan berkenaan juga berkurangan.

Ketidaksuburan tanah berkenaan adalah disebabkan oleh kandungan nutriennya yang rendah, manakala penggunaan baja kimia yang digunakan sebelum ini membabitkan kos yang tinggi.

Dalam menghadapi masalah ketidaksuburan itu, keperluan menghasilkan baja yang bersesuaian adalah sangat penting dan hasil kajian penyelidik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mendapati bahawa baja yang mengandungi nutrien tinggi adalah langkah yang perlu diambil.

Sehubungan itu, MPOB menjalankan satu formulasi dengan menghasilkan baja MPOB F4 iaitu baja campuran organik yang terbukti berkesan terutama dalam aktiviti penanaman kelapa sawit.

Keberkesanan MPOB F4 adalah berasaskan kepada keputusan percubaan penggunaan baja kelapa sawit MPOB yang diselia oleh MPOB selama lima tahun serta kajian insentif berhubung keperluan nutrien kelapa sawit yang tepat selama 20 tahun.

Baja MPOB F4 dihasilkan dengan formulasi 9-618-2-0.5. Baja ini berupaya memperbaiki struktur tanah berbukit, tanah laterik, tanah liat dan lain-lain.

Ketua Unit Agronomi dan Mekanisasi Ladang, Bahagian Penyelidikan Biologi, MPOB, Ahmad Tarmizi Mohammed berkata, sebelum ini MPOB menghasilkan baja F1, F2 dan F3 iaitu baja yang mempunyai campuran kimia.

“Uniknya baja F4 ialah kita menggunakan campuran organik dan kimia bertujuan untuk membantu mengatasi masalah tanah kurang subur seperti tanah bukit.

Penghasilan baja ini turut menggunakan bahan zeolite yang berupaya mengawal pelepasan nutrien seiring dengan keperluan pokok kelapa sawit.

“Dengan zeolite juga, pengambilan Nitrogen (N) akan meningkat dan pemeruapan Nitrogen (N) ke udara akan berkurangan berikutan perubahan cuaca dan ini sekali gus dapat mengawal kos penanaman pokok kelapa sawit, malah ia mungkin lebih murah,” katanya.

Termizi berkata, baja MPOB F4 berupaya membekalkan nutrien seimbang iaitu selain mengandungi N, P dan K, baja MPOB F4 juga mengandungi magnesium, boron, kalsium, silicon, kuprum, besi, molidenum, zink, sulfur, karbon, oksigen, hidrogen dan klorin.

Baja MPOB F4 berupaya membantu meningkatkan hasil pengeluaran pokok kelapa sawit melalui kesan secara terkawal hasil kombinasi elemen baja MPON F4 dan ia juga berupaya memperbaiki pH tanah serta struktur tanah yang bermasalah.

Menerusi bahan organik serta zeolite yang ditambah dalam MPOB F4 dapat meningkatkan  CEC (Cation Exchange Concentration) tanah dan dapat mengelakkan nutrien daripada terperangkap dalam tanah.

Penggunaan baja MPOB F4 juga dapat menyelesaikan tanah yang berbeza-beza di mana organik yang ada di dalamnya berupaya menarik kehadiran cacing tanah serta mikro organisma berfaedah.

Ia sekali gus merendahkan risiko serangan penyakit dan serangga dan kehadiran cacing tanah dapat menyediakan persekitaran yang sesuai untuk kehidupan mikro organisma berfaedah dan membantu mengudarakan tanah sewaktu aktiviti semula jadi.

Dalam mengeluarkan Baja MPOB F4, MPOB  menjalankan kerjasama  dengan  All Cosmos Industries Sdn Bhd dan untuk tujuan itu satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai sempena Persidangan Kebangsaan Biofertilizers 2008 lalu.

Sementara itu, Pengarah Urusan, Syarikat All Cosmos Industries Sdn Bhd, Dato’ Tony Peng berkata, syarikat itu ditubuhkan pada 2001 di Pasir Gudang, Johor dan turut memperoleh kelulusan ISO 9001 itu adalah pengeluar ekslusif baja itu.

“Syarikat ini bermatlamat mempromosikan konsep pertanian hijau di Malaysia dengan mengitar semula bahan buangan dan seterusnya menjadikan bahan berkenaan itu sebagai baja organik.”

“Baja campuran organik ini banyak diperlukan di kawasan berbukit bukau seperti di Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, dan di Sarawak membabitkan kawasan Bintulu dan Miri,” katanya.

Beliau berkata, dengan penghasilan baja ini dapat membantu pekebun kecil mendapatkan baja yang betul dengan harga yang berpatutan.

Penggunaan baja MPOB F4 dapat mengurangkan perbelanjaan penanam sawit dan sekali gus  memberikan pulangan yang lebih kepada mereka.

Dengan baja MPOB F4 juga, penanam sawit bukan saja dapat mengurangkan kos pembajaan sebaliknya berupaya meningkatkan produktiviti hasil buah tandan segar (BTS) kebun mereka.

About these ads

March 25, 2009 - Posted by | Malay | , , , ,

28 Comments »

  1. kat mana saya nak dapatkan MPOB F4 ,di miri,& kalau boleh bagi alamat & no telipon sekali,TQ.

    Comment by iskandar | February 7, 2010 | Reply

    • hubungi saya,ada membekalkan baja mpob 0177995199.razak

      Comment by topgreen bio organic | May 20, 2010 | Reply

    • Untuk mendapat bekalan baja MPOB F4 di Miri atau Bintulu, Sarawak sila hubungi Astra Plus sdn Bhd,
      Shop Lot 381,survey Lot 4038, Ground Floor,Parkcity Commercial Square. Phase5, Bintulu. Atau hubungi En Awang Mohammad,hp 012-8468066

      Comment by Awg Mohammad | May 11, 2012 | Reply

  2. Harga agak tinggi iaitu RM80/beg(50kg) dan bekalan sukar diperolehi di kawasan Bukit Payong dan Telemong

    Comment by anuar | July 17, 2010 | Reply

  3. salam.
    ader pembekal mpob f4 di kawasan kuala selangor?
    atau yg terdekat?
    bley bg alamat atau no telefon?

    Comment by moha azli | October 10, 2010 | Reply

    • maaf, kami tidak menjual baja MPOB f4.

      Comment by kakaroct79 | November 16, 2010 | Reply

  4. sy dr jengka,,market untuk baja kawasan jengka agak besar.ada x pembekal kat kawasan ni?kalau ada bg no tpn n alamat,sy jd pengguna jew. klu xde mcm mana nk jd pengedar?jengka,maran,triang,temerloh,jerantut n lipis,,,,luas ladang sawit tuh kat sini,,,e mail me

    Comment by helmi | October 14, 2010 | Reply

    • Setakat ini tiada pengedar di Jengka. Anda hanya perlu cari pelanggan dan tetapkan harga yg berpatutan. Minimum order 10 Tan

      Comment by kakaroct79 | November 16, 2010 | Reply

  5. di kawasan teluk intan baja MPOB f4 boleh didapati di mana? dengan sape saya boleh hubungi.

    Comment by fauzi | November 9, 2010 | Reply

    • kami tidak menjual baja MPOB f4

      Comment by kakaroct79 | November 16, 2010 | Reply

  6. kat kwsan jengka susah nk dptkn bekalan bja ni…bleh sy tau cmna nk dpt kn?

    Comment by lan | November 30, 2010 | Reply

    • maaf saya juga tidak pasti..Jika baja MPOB F4 yang anda maksudkan, mungkin anda boleh cuba menghubungi MPOB sendiri

      Comment by kakaroct79 | December 2, 2010 | Reply

      • Sila hubungi saya untuk mendapatkan baja MPOB F4 di kawasan Jengka. Harga runcit RM 43/25 kg.(harga boleh dirunding mengikut kuantiti). pengankutan disediakan.
        tel 019- 2864197

        Comment by pauzi | May 30, 2011

  7. risalah di atas mengatakan baja MPOB F4.dapat membantu pekebun kecil untuk mendapatkan baja yg betul dan mengurangkan kadar perbelanjaan.
    persoalan saya?mengapakah baja MPOB F4 tidak di jual ke maket-maket di seluruh malaysia.

    Comment by azmil marajin | May 14, 2011 | Reply

    • MPOB F4 di hasilkan oleh MPOB. Untuk menjawab soalan ini, anda perlu menghubungi MPOB sendiri. Pada pendapat saya mungkin ramai pekebun keberatan untuk menggunakannya kerana harganya yg agak mahal, lebih kurang RM 1700-1800/MT. Kebanyakan pekebun kecil mahu hasil yang banyak tetapi keberatan untuk membeli baja yg agak mahal.

      Comment by kakaroct79 | June 1, 2011 | Reply

  8. Salam sejahtera. Saya merupakan pekebun kecil kelapa sawit di Kota samarahan . Saya amat berminat mengenai Baja Organik real Strong F4 yang di war-warkan di media atau dilaman web. Masaalah saya sekarang , amat sukar mencari baja tersebut di sekitar Kota samarahan atau di Kuching sarawak. Oleh itu bolehkan pihak tuan memberi alamat pengedar utama di Kuching atau di kawasan yang berdekatan.

    Comment by Yusman Elli | May 18, 2011 | Reply

    • maaf..kami tidak membekalkan baja MPOB F4

      Comment by kakaroct79 | June 1, 2011 | Reply

    • Salam En Yusman,

      En Yusman boleh menghubungi saya di 012-8468066( En Awang)

      Comment by Awg Mohammad | May 16, 2012 | Reply

  9. boleh sy tahu brp harga utk 10t?

    Comment by syah | June 1, 2011 | Reply

    • lebih kurang rm640/tan termasuk penghantaran ke semenanjung. kalau area perlis/kedah mungking lebih sedikit dalam rm660/tan.

      Comment by kakaroct79 | June 1, 2011 | Reply

      • bleh sya dptkan contact en. sbb sya berminat nak beli baja ni…0124388124 (syahrul) atau email sya sakinah77@gmail.com

        Comment by Syah Kioh | January 15, 2012

      • bole hubungi saya di 0196630412 (norizad)

        Comment by kakaroct79 | May 15, 2012

    • saya nak tau mcm na nak contact en?kalau bleh tlg email @ tel sy sakinah77@gmail.com @ 012 4388124 en syah.

      Comment by Syah Kioh | January 15, 2012 | Reply

      • bole hubungi saya di 0196630412 (norizad). TQ

        Comment by kakaroct79 | May 15, 2012

  10. Saya ternampak iklan di TV baja real strong bolih rawat cendawan. Baja mana ye?

    Comment by bachok alwee | May 31, 2012 | Reply

    • Salam..hubungi saya untuk pembelian Baja MPOB F4..
      Harga Rm 41/Beg (TERMASUK PENGHANTARAN KE-TEMPAT ANDA (SEMENAJUNG MALAYSIA SAHAJA)
      Hubungi:- EN JAMAL) AGROTECHNOLOGY SERVICES ENT) 0176787824.

      Comment by Jamal | December 12, 2012 | Reply

  11. klu kat kuantan di mn i can get it?

    Comment by eiza | February 18, 2013 | Reply

    • Kami tiada agen di kuantan. Sila sms saya di 0196630412 untuk maklumat lanjut. Tq

      Comment by kakaroct79 | August 5, 2013 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: