Zeolite with the best price, quality relationship

Apakah Baja Zeolite?

Struktur jaringan kristaline baja Zeolite merupakan struktur yang optimum untuk elemen-elemen dan molekul-molekul yang telah terpilih. Ia sarat dengan kalsium, magnesium, potassium dan mempunyai kandungan sodium yang amat rendah. Kadar ketelusannya ialah 42%.

 

Zeolite menarik molekul-molekul dan elemen-elemen tertentu yang sesuai dengan strukturnya dan kepada caj negatifnya seperti ammonium, potassium, kalsium dan magnesium. Ia juga mampu menapis elemen-elemen zink, plumbum, kuprum dan lain-lain elemen logam berat (heavy metals) melalui sistem bio-filternya.

 

Zeolite adalah mineral semujadi yang menakjubkan kerana kebolehan luar biasanya untuk menyerap, kandung lepas ( hold release) dan menukar pelbagai kimia, nutrien, toxin (racun), dan ion-ion mengikut keperluan semasa. Zeolite dibentuk dari komponen lahar gunung berapi juta tahun dahulu yang kami import dari Indonesia.

 

Baja Zeolite memiliki struktur atom dalaman yang telus yang menyediakan ruang yang terbuka dengan rangkaian ruang-ruang yang memberikan ia permukaan yang luas (sehingga 450m2/g) dan ketelusan yang tinggi (sehingga 45%) untuk memerangkap dan menukar unsur-unsur, air dan lain-lain molekul tanpa mengubah strukturnya. Baja Zeolite sangat aktif, tidak mudah larut dan mempunyai mineral semulajadi yang stabil (sebahagian dari kumpulan hydrated alumino silicates) dan sesuai digunakan sebagai penambahan organik perladangan dan perkebunan. Ia mempunyai caj negative diimbangkan dengan unsur-unsur  bebas yang bercaj positif. Ini menyediakan perangkap yang sangat sesuai untuk unsur-unsur positif seperti ammonium yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi dan potassium yang akan dilepaskan pada kadar yang diperlukan oleh tumbuhan.

 

Mineral utama yang terdapat di dalam baja Zeolite ialah clinoptilolite yang merupakan silikat kalsium, potassium, magnesium dan alumino dan memiliki kadar penukaran cation (CEC) +120 meq./100g. Baja Zeolite amat keras dan rendah dalam kandungan sodium berbanding dengan baja jenis lain yang terdapat di pasaran, dan dengan itu amat tahan lasak dan sesuai untuk kegunaan perladangan dan perkebunan

 

Baja Zeolite mempunyai keserasian terutama dengan ammonium (N H4+), Potassium (K+), Calsium (Ca+) Magnesium (Mg+) dan elemen-elemen lain yang membuat ia amat berguna sebagai bahan tambahan tanah, kompos dan baja untuk mengumpul, menyimpan dan secara perlahan melepaskan nutrien baja yang kritikal.

July 30, 2008 Posted by | Malay | , , , , , | Leave a comment

Bagaimana Boleh Jimat Kos Dengan Zeolite?

BAJA NPK SAHAJA      VS       ZEOLITE + BAJA NPK


Baja NPK RM 160/50Kg (1 Bag=50Kg)

Zeolite RM 60/50Kg (1Bag=50Kg)

Jenis Tanah Tanah Gambut

Mengambil kira harga buah kelapa sawit mentah pada RM 600/ Tan


CONTOH PENGIRAAN UNTUK 10 EKAR KEBUN KELAPA SAWIT

Baja NPK yang diperlukan untuk 4 bulan ialah 15Bag (750Kg) = RM 2400

Pendapatan kasar / 4 bulan = RM 20 000

Kos Baja = RM 2400

Kos Racun dan lain-lain = RM 4000

Pendapatan Bersih / 4 bulan = RM 13 600


NISBAH PENGGUNAAN TERBAIK (NPK:Zeolite , 3:2)


9Bag NPK + 6Bag Zeoplus = (RM160 x 9 Bag) + (RM60 x 6 Bag)

= RM 1440 + RM360

= RM 1800 (Peningkatan Pengeluaran 50% – 80%)

Mengambil kira peningkatan pengeluaran sebanyak 50%

Pendapatan kasar / 4 bulan = RM 30 000

Kos Baja = RM 1800

Kos Racun dan lain-lain = RM 4000

Pendapatan Bersih / 4 bulan = RM 24 200 (Meningkat 77.9%)


KESIMPULAN DENGAN MENGGUNAKAN ZEOLITE

10 ekar kebun kelapa sawit / 4 bulan

Kos Baja = Jimat RM 600

Pendapatan Kasar = Meningkat RM 10 000

Pendapatan Bersih = RM 24 200

100 ekar kebun kelapa sawit / 4 bulan

Kos Baja = Jimat RM 6000

Pendapatan Kasar = Meningkat RM 100 000

Pendapatan Bersih = RM 242 000

JIKA 1000 EKAR? = ANDA KIRA SENDIRI


July 30, 2008 Posted by | Malay | , , , , , , , | 3 Comments

Zeolite – Baja dan Agen Perawat Tanah

Kami adalah pengedar clinoptilolite, zeolite (Zeolite A) semulajadi ke seantero dunia.Pembekal kami mempunyai berjuta milion tan metrik sumber mineral zeolite yang berkualiti di Indonesia dan mampu membekalkan lebih kurang 10 000 Tan Metrik setiap bulan. Kami mampu menjadi pembekal yang menjanjikan zeolite berkualiti dengan harga yang amat berpatutan.

APA KEKURANGAN BAJA KIMIA / ORGANIK BIASA ?
1. 40% dari nutrisi baja hilang melalui resapan air dan cuaca panas (Journal of oil palm research 1996, Salisbury F.B, et al. 1969)
2. Ia tidak merawat tanah, tidak memperbaiki pengudaraan, tidak membaiki pengairan dan tidak meningkatkan daya tahan tanaman
3. Tidak mengandungi Mikronutrien

KELEBIHAN ZEOLITE
1. Amat murah (boleh jimat beribu ringgit)
2. Menjimatkan penggunakan baja sebanyak 40%
3. Meningkatkan hasil pengeluaran sebanyak 50% – 80%
4. Mengelakkan kehilangan nutrisi baja melalui aliran air dan suhu panas
5. Menambah daya tahan tanaman dan mengurangkan serangan penyakit
6. Memperbaiki pengudaraan dan pengairan tanah.
7. Sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman
8. Mengubah pH tanah masam kepada pH tanah subur (agent perawat tanah)
9. Menyerap, kandung lepas (hold release) dan menukar pelbagai kimia, nutrien baja dan ion-ion mengikut keperluan semasa tanaman
10. Mengandungi Unsur Asas Baja (Makro Nutrien dan Mikro Nutrien)

Kesimpulannya zeolite sangat berguna didlam bidang agrikultur disebabkan oleh kebolehan resapan yang tinggi, Kapasiti penukaran kation, katalisis dan pengeringan. Oleh itu zeolite gigunakan secara meluas untuk mempertingkatkan pertumbuhan tanaman dengan menjimatkan penggunaan baja pada masa yang sama. (Dibuktikan oleh banyak kajian antarabangsa, Watanabe 1992, E Polat et al 2004, Ming and Dixon 1986)

SIAPA YANG MENGGUNAKAN BAJA ZEOLITE ?
1. Baja rasmi Projek Bio Diesel (BIONAS) seluruh Malaysia
2. Persatuan Peladang Negeri Johor (PPNJ)
3. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
4. Di eksport ke Belanda(Negara Pertanian ke 2 terbesar di dunia)
5. Projek Sawah Padi Kemasin, Semerak, Kelantan
6. Majlis Perbandaran Petaling Jaya
7. Ladang, Estet, pekebun kelapa sawit, sayur, buah dll

AWAS PRODUK TIRUAN
Terdapat pelbagai kualiti Zeolite di pasaran. Cara termudah untuk membezakan kualitinya adalah dengan memeriksa kandungan CEC (Cation Exchange Capacity). Kandungan CEC yang tinggi memberikan kelebihan yang tersendiri kepada zeolite untuk menyerap, memegang / kandung lepas (hold release) dan menukar pelbagai kimia, nutrien baja dan ion-ion mengikut keperluan semasa tanaman. Semakin tinggi kandungan CEC zeolite, semakin tinggi kualiti zeolite tersebut. Purata kandungan CEC zeolite kami adalah 148m.e.q/100g, merupakan antara yang tertinggi dipasaran .

SEBUT HARGA

Jenis Produk : Zeolite / Clinoptilolite (CEC 120-160)
Harga : RM540 – RM720 / MT
Tempahan Minimum : Boleh dibincang
Pembungkusan : Bag @ 25 kg net dengan cetakan
Saiz : Granular, 2 to 5 mm / Mesh
Kaedah Bayaran : Boleh dibincang
Tertakluk kepada terma dan syarat

Dr Norizad Mohamed Salleh
0196630412 / 0196632412
ibnhazm79@yahoo.com

July 30, 2008 Posted by | Malay | , , , , , , , , , , , , , , | 16 Comments

   

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.